Semalam Cah hantar gambar ni kat whatsapp Fantastic Four. Eee.. Dahlan le ni.. kenapa tak inform dah keluar tiket untuk bulan November 2017. Dia yang beria nak sangat ke Korea, tapi tak ada inform. Kalau tidak. hari Ahad malam dah boleh book dah. Air Asia promo seat ni biasanya dimulakan dengan free seat untuk member pada hari pertama which was semalam 14 November 2016. So kalau rasa nak dapat chance untuk dapat free seat, memang kena standby depan komputer / handphone. Tepat pukul 12.00 malam je kena login beli. Tapi dah sehari macam ni memang jangan harap le nak dapat free seat. So we go for promo seat jelah.
Balik kerja malam tadi, aku dah suruh Dahlan book dah. Tapi dia sibuk pulak nak pegi tengok wayang sebab nak pakai ticket free GSC aku yang last day hari ni. Ceritanya last week, kitaorang redeem 2 seats untuk cerita The Accountant. Seriously aku tak perasan citer tu kategori 18. So dah masuk dah sampai esclator, sekali budak tu panggil. Kak.. cerita ni kategori 18. Budak tak boleh masuk. Hayoo.. camana.. aku memang nak tengok The Accountant. So budak kaunter tu baik hati sikit bagi le kitaorang voucher staff yang boleh pakai dalam masa satu minggu. Hari Sabtu suppose aku nak pegi tengok dengan Kak Aishah, sekali sakit perut period pain, lepas ihtifal Batrisyia tidur sampai malam. So dah cancel. Jadi daripada rugi burn ticket ni, biar le Dahlan redeem. Dah balik tengok wayang ingatkan dia nak book ticket Koreanya, haram buat.
Suppose my original plan nak pegi Korea tahun 2017 pada hari Sabtu 4 November 2017 flight pukul 1.00 pagi. Balik hari Sabtu berikutnya 11 November 2017 flight pukul 4.25 petang. Kira oklah le pegi Korea waktu ni sebab time ni dah dekat nak cuti sekolah. Batrisyia dah habis exam. Autumn pun masih tengah best. Sekali pagi ni sampai-sampai office aku login Air Asia website, tengok-tengokticket yang aku nak tu dah habis dah promo seat. Jadi aku cakap dengan Dahlan tak apa pe lah kita balik hari Jumaat. Kurang sehari je. Meaning travel period aku 4-10 November 2017. Aku suruh Dahlan book cepat-cepat sebab promo ticket hari Sabtu 4hb tu dah tinggal 3 je. Ngam-ngam untuk kitaorang.
Sekali pukul 9.01 pagi, aku terima e-mail daripada Dahlan tengok-tengok dia pergi book date Jumaat 10 November 2017 dan balik Sabtu 18 November 2017. OMG!!! Instead of kurangkan sehari dia boleh pegi tambah sehari. Habis le burst budget aku camni. Plan asal gi 8D7N. Sebab tak ada tiket nak pegi 7D6N. Sekali terbook 9D8N. Dia cakap benda tu auto click. Dah le buat kelam kabut. Huhu.. Tapi bila pikir-pikir ada yang bagus le. Lama kat Korea jadi boleh cover semua tempat. Tak ada le jadi macam Melbourne ritu. Kedua date ni seminggu lagi nak cuti sekolah panjang. Jadi rasanya memang dah tak belajar dah budak kecik tu nanti.
So total aku dapat untuk ticket je RM2,406.24. Kira sorang RM802.08. Tak murah kan ticket dia. Some more, child ticket pun harga sama. Lepas tu sekarang kan Air Asia dah bijak pandai suruh orang beli luggage, makan pilih seat siap-siap kalau nak discounted price. Mula pergi aku ingat nak amik value pack tu untuk aku dan Dahlan je. Batrisyia punya beli le satu-satu since nak luggage 40kg je masa pegi. Sekali tak boleh. Kalau book ticket sekali camtu, sorang amik semua kena amik. Memang hampeh sungguh Air Asia ni. So nak tak nak, pegi kena customise luggage, seat dan meal. Tak ada le penjimatan sangat. Balik ambik value pack. Jadi balik dapat 60kg luggage kau. Boleh borong kosmetik kat Seoul!! Total untuk semua-semua ni dah RM3,068.24. Cuma meal masa pegi je belum beli lagi. Dah dekat nanti baru add on meal pulak.
