Hari ni hari raya aidiladha. Kitaorang tak balik kampung sebab raya haji tahun ni turn raya rumah Dahlan. Raya kat KL ni biasa-biasa je. Tak ada rasa sambut raya langsung. Tambah-tambah cita tv pun tak ada cita special apa-apa. Lepas Dahlan balik semayang raya kitaorang breakfast, kejut Batrisyia bangun dan mandikan dia. Siap-siap keluar pegi kubur mak. Pastu baru gerak rumah MIL. Balik tu singgah kejap rumah Pak We pastu balik rumah zzzzz sampai petang. Tu je aktiviti hari raya tahun ni. Esok nak pegi rumah achik pulak. Kalau rajin singgah rumah Pak Nyah. Jom layan gambar pulak.
Ni je hidangan raya yang aku buat. Nasi impit dengan kuah kacang segera. Ayam rendang dan swiss roll tu beli. Jadi le kan. Teringin nak makan lemang. Masa pegi kubur mak, ada nampak orang jual kat TTDI tapi Dahlan tak nak stop pulak. Nasib singgah rumah Pak We ada lemang. Bukan takat lemang je ada pulut kuning gak. Nyum.. nyum.. sekarang rasa sebu perut pasal banyak makan pulut. Huhu..
Batrisyia pakai baju baru lagi. Actually baju ni aku beli untuk raya pose ritu tapi raya pose dia deman dan tak jalan mana so tersimpan jelah. Kebetulan pulak masa tu baju ni beso lagi. Sekarang dah elok-elok je dia pakai. Lepas ambik gambar tercabut dah cekaknya. Haiya Batrisyia, tak boleh bergaya langsung.
Gambar family pulak. Ngam tak kitaorang pakai kaler purple semua? Hehehe.. Tengok cekak Batrisyia dah tak ada. Dia cabut dan aku letak dalam beg terus.
P/S Hari ni ulangtahun kelima aku di LSSB. Tak sangka pejam celik pejam celik dah 5 tahun dia LSSB. Ada rasa nak cari keja lain tapi takut pulak tak dapat gaji macam ni dan keja kurang macam LSSB. Sabar jelah yer sampai abis hutang-piutang tu dulu