Saturday, November 19, 2011

Baby Fair 2011

Rasanya boleh kata tiap kali ada baby fair kat Mid Valley aku mesti pegi. Kadang tak ada nak beli apa pun tapi saja suka-suka pegi. Baby fair ni biasanya start hari Jumaat sampai Ahad dan aku biasa pegi hari Jumaat sama ada aku ambik cuti atau half day atau aku pegi lepas keja. Ni first time aku pegi hari Sabtu sebab saja nak suruh Dahlan ada masa aku nak angkut menda-menda berat tu. Kali ni memang plan nak beli beberapa barang Batrisyia yang dah abis.


Pagi-pagi lagi kitaorang dah kuar rumah. Pukul 8.30 tu bertolak. Alasan sebab hari ni dah start cuti sekolah tambah pulak ada baby fair sure ramai giler orang. Nanti susah parking. Dahlan memula macam tak nak je. Aku ajak dia breakfast Mc D, cepat je nak. Hahahaha.. Budak kecik ni semalam tak tidur. Pelik aku tak ke dia tau penat dan mengantuk. Tapi tak cukup tidur pun aku gagah gak bangun. Semangat nak bershopping.


Lepas breakfast Mc D kitaorang lepak kat depan entrance hall tu. Dah ramai giler orang. Baby fair bukak pukul 10.00 pagi tapi orang dah penuh. Gila betul. Kiranya bukan aku sorang je ada idea pegi awal pagi macam ni kan. Sekali bukak je pintu tu dorang semua serbu. Isk.. risau aku tengok mak-mak mengandung menyerbu sama. Sabar le. Tak abisnya barang tu. Hahaha.. Aku tak ada le serbu macam dorang. Tapi memang ramai giler le orang hari Sabtu. Next time kalau nak pegi baby fair back to kebiasaan le. Pegi hari Jumaat sama ada lepas keja atau ambik half day. Pening pala aku dibuatnya