Susah jadi orang berkecuali ni. Buat apa pun salah. Padahal sebelum ni tak ada pun timbul apa-apa masalah. Bila aku bersembang dengan geng A, geng A cakap aku ni spy geng B. Bila borak pulak dengan geng B, geng B cakap aku bertanya on behalf geng A.. Sudahnya aku menjadi mangsa orang putuskan kawan. Tak pe.. sila lah putuskan silaturahim tu. Aku tak boleh nak halang orang buat macam tu tapi aku tak suka le sebab mulut seseorang aku yang jadi mangsa. Aku dah banyak kali dah kena macam ni. Dari zaman sekolah sampai le sekarang. Sebab mulut orang.. So ko dah besar Ismi, dah matang pandai-pandai le pilih kawan.
Apa yang aku mengarut ni.. adoi lah.. ni semua mode bengang pada geng A dan geng B, incik asben jadi mangsa. Batrisyia sayang jua.. sian dua orang yang aku sayang ni.. tak pasal-pasal kena tempias..