Friday, November 4, 2011

Sepetang Di Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Hari ni aku dan Dahlan cuti sebab bawak Batrisyia pegi ambik injection MMRV. Nak buat appoinment hari Sabtu full house. Kalau walk in pun belum tentu boleh dapat jumpa doktor so Dahlan suruh aku buat appointment hari ni je. Lepas injection kitaroang pegi rumah Nyah sebab nak jumpa bapak. Tahun ni aku beraya haji dia KL so sebelum bapak balik esok nak salam-salam raya le dengan dia. Dok lepak kat rumah Nyah ingatkan lepas abis semayang Jumaat terus nak gerak sekali bapak tak balik-balik. Dah dekat pukul 4.00 petang baru balik. Punya le lapar tak makan lunch. So kitaorang decide makan kat Sekichan Ikan Bakar. Ada review orang cakap sedap ada review cakap hampeh especially servicenya. So tak tahu mana satu betul kena pegi sendiri baru boleh komen


Kitaorang pergi Restoran Sekinchan Ikan Bakar Puchong branch. Dekat dengan Giant Bandar Puteri. Masa sampai kosong je restoran ni. Cuma ada satu dua meja je ada customer. Yelah time kitaorang datang time makan petang camana nak ada orang.


Hidangan yang ada semua bakar je. Baik ikan, ayam, udang, ketam dan sayur semua masak bakar. Selain tu ada le menu-menu lain yang aku tak berapa tengok sangat. Ikan atau bahan mentah pilih sendiri nak besar mana dan jenis apa. Dahlan pilih ikan siakap harganya RM6.00 untuk 100gm. Lain jenis bahan mentah lain-lain harganya. Pastu pilih sayur-sayur campur. Sayur pulak RM10.00 untuk 300gm. Pastu pilih sos untuk dibakar bersama bahan mentah dan sayur. Ada 3 jenis sos. Sos asli, sos 3 rasa dan sos Sekichan berapi. Kitaorang pilih sos asli sebab 3 rasa mesti rasa biasa-biasa sebab selalu makan kat kedai-kedai tomyam tu kan. Sekichan berapi pulak sure pedas giler baik tak payah.


Sementara tunggu makanan masak, aktiviti mengambil gambar bermula. Tengok le dak busyuk ni tak abis-abis gigit botol ayor dia.


Ni le makanan yang kitaorang order. Simple je sebab makan berdua takkan nak order banyak-banyak. Sos asli tu rasa pedas.. mhmm bukan pedas camana nak cakap yer.. hot kot rasanya sebab rasanya ada letak lada hitam. Panas perut aku lepas makan tu tapi sedap le masak dia. Servis ok. Tak ada le lembab sangat.


Air asam dorang bagi dua jenis. Satu sambal belacan lagi satu kicap. Dua-dua sedap. Rasa macam puas hati jugak le makan kat sini. Total bil kitaorang dalam RM48.00. Ok le kan. Lebih kurang harga makan kat Vicuda je.