Sambung cerita day 2 selepas balik dari USS. Masa tu memang mood dah tak ada sebab yang pertama kasut basah kaki dah kembang sampai melecet kena ayor hujan. Dah le tak puas duduk dalam USS kena balik. Apa le deme ni. Lambat lagi waktu tutup USS dah suruh balik. Nak tak nak terpaksa le ikutkan. Bas bawak terus ke tempat dinner. Malam ni dinner kat Seoul Garden kat dalam mall kat Orchard Road jugak. Dinner kat Seoul Garden ni biasa-biasa le. Macam Seoul Garden sini jugak..(macam le penah masuk Seoul Garden Malaysia. Hahahaha)
Lepas habis dinner mula-mula decide nak balik ikut bas tapi aku fikir-fikir baik le stay sekejap cari selipar. Kasut aku dah teruk basah. Kaki melecet. Kena jugak cari selipar. So kitaorang singgah le kejap cari selipar. Mula-mula nak cari crocs tapi tak ada le pulak. Pastu ada le nampak mall tu buat macam sale tengah-tengah laman. Nampak macam ada selipar kaler-kaler. So aku pun decide beli jelah sebab dah tak larat nak pusing cari. Selipar tu harga SGD9.90. Mahal nak mampus. Selipar bodoh je sampai dekat RM25.00. Lepas tu direct balik hotel tapi sempat singgah Mc Donald kat sebelah ke hotel kitaorang sebab Azbarina cakap kena cuba Mc Donald dorang sebab sana ada McWings yang tak ada kat sini. Maka aku pun beli le satu ketul je. Kira murah jugak le sebab satu McWings tu cuma SGD2. Mana ada Mc Donalds sini menda yang harga RM2 kan.
Sampai hotel mandi dan sibuk keringkan kasut dengan hair dryer sebab aku serius tak suka pakai selipar. Tetiba Dahlan dapat call dari pakcik dia cakap nak datang ke hotel. Hadoi.. penat giler ni tapi dah sedara nak datang jumpa pegi le jugak. Sekali dorang ajak pulak nak bawak ke rumah makcik Dahlan kat mana ntah. Aku ikut jelah. Badan memang penat teringat katil tapi bila lagi nak kenal sedara mara kat Singapore kan. Jauh jugak le aku rasa rumah dorang dengan hotel tu. Balik dah lebih pukul 12.00 malam dah.
Sebelum abis entry Singapore trip part 4 ni, aku ada satu video nak tunjuk. Video ni Batrisyia tengah sibuk prektis nak pegi audition dengan Steven Spielberg. Hehehe.. Betulnya masa nak queue masuk nak tengok Light Camera Action! Hosted by Steven Spielberg kat USS petang tu.