Tuesday, December 10, 2013

JB-Melaka Trip - Part 2

Lepas habis dinner baru le kitaorang check in hotel. Gambar entrance hotel ni ambik esok paginya sebab masa sampai dah gelap hapa pun tak nampak. Hehehehe.. Bilik kat hotel ni pun booked melalui Agoda. Dua bilik cuma RM204.44. Actually Melaka ada banyak hotel boleh book tapi sebab kitaorang tak berapa nak tahu camana rupa hotel lain kitaorang book hotel Hallmark sebab dah ada experience duduk hotel dia kat JB August lepas. Boleh tahan le hotel dia berbaloi le dengan harga. Tu je reason kenapa kitaorang pilih Hallmark. Sekali aku baru tahu ada satu lagi hotel Hallmark ni yang ada bangunan sendiri. Yang tu ada pool kat rooftop dia. Ala.. rugi tak book yang tu. Tapi maybe le bilik yang tu mahal sikit sebab facilities dia lebih. Tak kisah le sebab nak duduk Melaka pun semalam je. Pastu aku dah susun aktiviti memang full. Tak ada masa pun nak duduk hotel lama-lama.


Bilik kitaorang dengan bilik bapak sebelah-sebelah tapi design dia lain sikit. Bilik bapak masuk-masuk je ada coffee maker, pastu ada meja kerja. Masuk ke dalam baru area katil. Sesuai le bapak duduk bilik tu sebab dia sorang. Bilik kitaorang memang nampak luas sebab katil dengan area meja tu sekali. Serius tak sangka bilik hotel ni besar sangat. Dah le bayar murah dari hotel V3.


Facility pun complete. Ada coffee maker, hair dryer semua ada. Sangat-sangat berbaloi le aku rasa duduk sini. Dah le ada breakfast sekali esok. Lagi berbaloi. Dan lagi satu yang bagus, hotel ni ada private parking dia sendiri walaupun open space tapi private dan FOC. Tak macam kat JB tu parking merata. 



Lepas check in hotel, buat air kat bapak, salin baju Batrisyia, kitaorang terus keluar balik. Aim nak naik Melaka River Cruise pulak. Orang cakap elok naik malam best boleh tengok pemandangan dengan lampu-lampu.

Entrance nak naik River Cruise ni ada dua. Satu dekat Jeti Rempah, lagi satu dekat Jeti Muara. Pekerja hotel suggest kitaorang naik dekat Jeti Rempah sebab ada banyak parking katanya. Dia cakap Jeti Rempah tu jauh sikit tapi parking senang. So masa jalan cari jeti tu aku ingatkan jauh bebenor le sekali alahai.. dekat sangat. Tak sampai 5 minit dah sampai dah.  Parking memang banyak kat sini. Bayar RM4 je sekali masuk. Kat sini jugak entrance untuk monorel. Tiket nak naik river cruise ni RM10 untuk dewasa yang ada MyKad. Batrisyia RM5.00

Sebelum nak naik kena beratur panjang jugak. Tapi still ok sebab kat tepi entrance tu ada orang buat show. Tak terasa lama pun beratur. Selain tu cruise pun banyak. Kejap je dah datang. Kitaorang tunggu dalam 2 buah cruise je dah boleh naik.

Satu cruise ni boleh muat ramai jugak. Dalam 40 orang kot. So cruise ni akan menyusuri sepanjang sungai Melaka. Kiri kanan tu boleh nampak le macam-macam termasuk Hard Rock Cafe. Lama jugak perjalanan pegi dan pastu U turn. Dalam sejam kot. Turun cruise ada pulak orang jual kerepek udang geragau. Tak penah makan. Sekali try tester sedap giler. Aku beli sebungkus je. Pastu dalam kereta menyesal kenapa le tak beli lebih. Huhu..

Sebelum balik hotel dan tido, kitaorang singgah Jonkers Street. Macam Petaling Street je kat sini. Tak tahu le kalau siang-siang best pulak. Aku rasa tak ada le menda sangat pun. Maybe jugak sebab dah nak tutup. Batrisyia sempat jugak pau aku belon Mickey Mouse. Huhu..