Tuesday, December 10, 2013

JB-Melaka Trip - Part 3

Pagi ni bangun terus pegi breakfast kat hotel. Bapak tak siap lagi jenuh pulak tunggu dia bersiap. Breakfast hotel biasa-biasa consider boleh le makan tapi tak ada le sedap mana walaupun better dari kat JB dulu. Lepas breakfast, bapak tak nak ikut lagi. Dia nak duduk lepak kat bilik je. Kitaorang pegi nak naik Menara Taming Sari pulak.


Sebabkan kitaorang sampai agak awal, parking pun still banyak. Senang je dapat parking. Masa balik penuh dah tempat tu. Fuh nasib sampai awal. Walaupun consider agak awal tapi tetap kena beratur panjang jugak nak naik menatang ni.


Tiket nak naik Menara Taming Sari ni dewasa RM15.00 sorang. Kanak-kanak aku pun tak pasti berapa sebab aku kabo Batrisyia baru umur 2 tahun. Hehehe.. Kecik tet camni nak kena bayar mahal-mahal. Tapi aku rasa budak jual tiket tu tak percaya tapi dia malas nak bising sebab dia pesan suruh dukung Batrisyia sampai dalam takut ada orang tahan. Hehehehe.

Masa beli tiket, kitaorang diberi satu paper beg. Dalam tu ada muffin dan air kotak. Bagus jugak ada bagi camgini. Tak ada le bosan orang menunggu turn nak naik. Tapi masa beratur tu aku perasan yang ada option rupanya. Kalau tak nak muffin boleh amik fridge magnet. Ceh.. baik amik FM. Muffin tu bukan sedap pun. Nyesal nyesal.. ni semua sebab tak escape bayar Batrisyia sampai tak baca apa-apa kat kaunter tiket. Padan muka aku.


Seronok jugak le naik menda ni. Bila dah sampai kemuncak tu boleh nampak seluruh bandar Melaka. Tak gayat pun naik menda ni. Ok je. Lepas turun dari Menara Taming Sari jam pun dah pukul 11.00 pagi. Terus je balik ke hotel sebab nak check out. Dah settle check out tanya dorang nak lunch ke, masing-masing kata tak lapar lagi. Tak lapar so kita jalan lagi.


Kali ni kita tengok Kota A Famosa dan kawasan sekitarnya. Nak pegi sini parking kemain susah. Last-last kitaorang parking dalam Dataran Pahlawan. Boleh tahan jauh jugak le berjalan. Bapak jalan sekerat jalan pastu dia dah tak larat. Dia kata dia nak duduk melepak je.

Beca kat sini semua cantik-cantik. Siap ada lagu yang havoc giler tu. Nak sewa beca pusing Melaka boleh tahan juga harga dia. Dalam RM200.00

Aku, Dahlan dan Batrisyia jalan sampai dekat jam besar tu. Kat situ ada gerai jual souvenir. Sempat le beli FM sebijik. Seberang jalan jam besar tu ada orang jual cendol yang famous kat Melaka. So tak boleh lepaskan. Kitaorang beli tapau minum sambil jalan. Nak minum situ kesian pulak kat bapak yang menunggu lama.

Seberang sungai depan cendol tu Hard Rock Cafe Melaka. Tak sempat pun nak pegi sebab aktiviti full. Banyak jugak tempat nak pegi kat Melaka ni. Sehari sepatutnya tak cukup. Tapi actually kitaorang bukan sehari pun duduk Melaka. Sekerat hari je kot. So memang terhad le.