Saturday, December 21, 2013

Percutian Sepelaung 2013 - Golden Palm Tree Part 1

Sempena wedding anniversary aku dan Dahlan yang ke 4, achik kasik kitaorang hadiah voucher lagi. Kali ni kat Golden Palm Tree Resort. Patutnya aku request nak pegi 25 December dan betul-betul celebrate anniversary kat sana tapi fully booked pulak that day. Weekend still available. Sebelum pegi sana singgah Puchong dulu sebab nak pegi tengok paip. Kebetulan nampak pulak salon, terus turun tanya untuk Batrisyia. Dia amik RM10 je. Apa lagi terus le potong. Kali ni stail lain sikit. Cute je aku rasa rambut cam gitu. Lepas tu singgah Aeon Big lunch kejap baru gerak pegi Bagan Lalang.

Resort ni tengah proses renovation sebab dia akan tukar nama jadi AVANI Sepang Goldcoast Resort. Masuk je dalam kawasan tu boleh drop off beg je. Aku sorang je turun sebab kereta kena parking jauh kat kawasan lain. Pastu ada pulak van yang membawak dari parking ke resort. Registration buat dekat restoran sebab lobi dia renovate.

Nak pegi ke bilik kalau nak jalan jauh jugak so kena naik buggy car. Kena queue pulak tunggu buggy car sampai. Actually bilik kitaorang tak ada le jauh mana. Masih boleh menapak kalau nak tapi jenuh le sikit dengan membawak beg bagai.


Sampai je bilik walah.. cun. tapi lawa Ascott lagi. Hehehe.. Balconi boleh bukak dan boleh lepak kat sana. Ada kerusi meja lagi. Resort ni memang dibina atas laut so of coz le pemandangan dia semua pun laut kan.

Katil best. Super single dekat-dekat. Ni tidur berempat pun boleh ni. Besar betul katil dia.

Ada couch jugak disediakan. Kalau sorang lagi nak tidur situ pun boleh. Tapi lastnya tu jadi tempat melepak Dahlan surfing internet. Kat sini internet free.

Shower room je ada. Shower room dia ada tingkap yang boleh open. Kalau mandi bagi orang tengok pun boleh. Hehehehe.. tapi ada bidai boleh tarik sampai bawah.  Resort ni konsep dia semua green so sabun shower gel letak dalam bekas besar je. Losyen pun dalam bekas tembikar. Semua toiletries di balut dengan recycle paper. 

Ni le rupa resort ni dari jauh. Semua dalam laut.

Bukak-bukak je TV ada nama aku le. Hehehehe.. Channel banyak jugak. Pastu siap boleh beli lagi movie kalau tak cukup channel yang dia bagi free. Boleh beli satu-satu atau kalau nak murah beli pakej semua movie. 

Kecik macam biasa selain dari excited naik atas katil, mesti nak mandi. Punya le lama dia mandi sekali dia boleh berak atas lantai pulak. Satu hal aku mengutip taik dia pulak budak ni.

Sesi bergambar sebelum pegi kolam. Swimming pool dia terletak kat tengah-tengah. Kiranya bentuk resort ni macam pokok kepala. Bilik kitaorang kat batang. Pastu ada bilik-bilik lain kat daun-daun. Macam spa, gym dan pool kat buat kelapa tu. Tapi pasal tengah renovate, spa dan gym dia locate tempat lain sementara waktu. Nasib pool masih boleh guna. Kitaorang jalan kaki je pegi pool sebab malas nak tunggu buggy car. Pastu lagi satu kat sini ada disediakan basikal. Basikal tu sapa-sapa boleh pakai. Jumpa je boleh terus amik dan pakai.


Pool dia cantik tapi kecik nak tampung semua orang especially pool budak. Bersesak jugak le dalam tu. Pastu pool budak agak kotor ada pasir-pasir. Batrisyia tengok orang lain ada pelampung dia pun nak jugak so aku suruh le Dahlan beli. RM30 tu harga pelampung tu. Mahal betul. Kalau kat luar tu RM10 je gamaknya.

Kitaorang duduk kat sini sampai sunset. Cantik betul pemandangan macam ni. Sangat suka.