Tuesday, December 24, 2013

Office Baru

Tajuk je gempak tapi sebenarnya idak le pindah office baru pun. Aku ada special assignment nak kena buat di mana aku ditugaskan kena berada di USJ office sehingga le special assignment tu settle. Parah jugak le sebab nak pegi USJ office tak ada transport. Huhu.. naik cab pegi balik mau RM50.00 tu. Nasib boleh claim. 

Start dari Jumaat lepas operasi angkut mengangkut barang dari Rohas ke USJ. Jenuh no.. dah le nak closing. Aku cuma dibenarkan datang Rohas ada hari Jumaat sahaja setiap minggu sebab hari Jumaat orang yang special task tu pun off duty. Tapi pegi Rohas pun payah jugak PC aku dah tak ada kat sana. Mhmm... 



Kat USJ ada bilik khas untuk finance department. Hehehehe.. kena le ada sebab nak simpan dokumen-dokumen P&C kan. Ada 2 workstation dalam bilik ni. Satu untuk Kak Aishah kalau-kalau dia kena turun buat special assignment jugak. Tapi rasanya aku yang lebih kot memakai. Sampai dua-dua meja aku conquer. Aku doakan cepat le special assignment ni habis. Jenuh betul nak buat keja kalau sumber tak 100% ada.