Friday, August 29, 2014

Bali Trip - Part 3 (Pak Supir)


Sepanjang di Bali, kitaorang menggunakan perkhidmatan supir. Aku booked Pak Supir melalui Isme Yanto. Yus yang suggest sebab dia cakap Isme Yanto memang murah. Aku tak ada le survey mana-mana tempat lain memandangkan Yus dah suggest aku ambik dia. Aku pun dah lama juga contact Pak Isme melalui facebook. Sekali masa dekat-dekat nak pegi, aku email itinerary boleh dia tak reply email aku. Jenuh aku tulis kat FB at last aku try cari solution lain. Aku email Yanto. Harga dia pun sama juga. Dalam masa yang sama aku cuma whatsapp Pak Isme. Dia jawab. Rupanya dia dah reply tapi dia ingat dia dah send, rupanya belum. So aku terus juga ambik dengan Pak Isme. Yanto tu tu bagus jugak. Cepat sangat reply email.

So ini le itinerary yang aku dah siapkan dari awal. Tapi lastnya ada yang tak pegi dan ada yang tambah. Contohnya hari kedua tu sempat pegi satu beach je sebab lama sangat kitaorang pegi Denpasar. Hari keempat pulak, lepas balik dari Bedugul, pegi balik ke Pasar Badung collect curtain dan lepas ke Krishna, aku mintak Pak Ujang bawak ke Factory Outlet. Itinerary ni Yus yang bagi aku draft dan lepas tu aku ada tokok tambah mana yang aku rasa best.



DAY 1 (SUN 24/08/2014) – IDR50,000
Pick up from airport to Eden Hotel, Kuta
Air Asia AK376 (Depart :1050 / Arrive : 1350)


DAY 2 (MON 25/08/2014) – IDR350,000
Bajra Sandhi Monument
Badung Market
Garuda Wisnu Kencana Culture Park
Padang-padang Beach
Pendawa Beach
Nusa Dua Beach
Uluwatu (sunset & kecak fire dance)
Lunch at Cianjur Ikan Bakar
Dinner at Jimbaran Seafood


DAY 3 (TUE 26/08/2014) – IDR350,000
Ubud Area
Pasar Seni Sukawati
Tegallalang Rice Terrace
Kintamani
Luwak Coffee
Lunch at Mount Batur


DAY 4 (WED 27/08/2014) – IDR350,000
Tanah Lot Temple
Bedugul (Beratan Lake)
Candikuning Fruit Market
Krishna


DAY 5 (THU 28/08/2014) – IDR50,000
Airport Transfer from Eden Hotel, Kuta
Air Asia QZ554 (Depart :1700 / Arrive : 1955)


Sepanjang di Bali, supir kitaorang adalah Pak Ujang. Baik orangnya. Orang Bandung berketurunan Sunda dan semestinya beragama Islam. Nama betul dia ntah hapa ntah aku pun tak ingat apa dia sebut. Macam susah je nak ingat. Cakra Konta Paryaman kot.. hahahaha.. tu nama Cakra Khan. Nama Ujang tu nama manja-manja je sebab katanya kalau orang minang anak ke 4 ke berapa ntah panggilannya JANG. Cam orang negeri 9 pulak yer. 

Kereta kitaorang guna Toyota Avanza. Rasanya kalau tak salah, kalau group kita dalam 5-6 orang pun dia akan gunakan kereta Toyota Innova atau Kijang. Harga sama. Pergi ramai kira untunglah.


Ini le dia Pak Ujang. Supir merangkap tour guide. Bagus orangnya. Tak banyak songeh. Kitaorang ajak pegi mana-mana pun dia ok walaupun tak masuk dalam itinerary. Tanya apa-apa soalan pun dia jawab je dengan rela. Hahaha.. kalau soalan Dahlan mesti le soalan-soalan berkaitan sejarah le, politik le. Aku idak le. Baik aku tanya pasal makanan lagi best.

Total kitaorang bayar sepanjang lima hari di sana IDR1,150,000. Ok sangat-sangatkan. Sebab kalau sewa kereta sehari pun seratus lebih jugak. Nak drive di Bali.. fuh mencabar woo..sangat tak disarankan. Kalau dah dua tiga kali pergi boleh kot sewa motor untuk jalan dekat-dekat. Tapi jalan jauh-jauh tu still elok naik kereta lah.

So kalau nak gunakan perkhidmatan Pak Ujang, boleh contact Isme Yanto tapi kena mention nak Pak Ujang. Kalau tidak maybe dia bagi orang lain yang bawak kita.


+62 813-3861-4174

+62 361 7988081
Facebook : Isme Bali Tour 

Atau boleh juga contact Ade. Ade ni adik pada Pak Ujang. Pak Ujang cakap dia ada villa juga di Bali. Kalau datang sefamily ramai-ramai boleh sewa villa so senang nak masak ke apa ke tapi aku idak le kot nak masak-masak kalau berjalan. Really not me.


 Kalau nak contact Pak Ujang terus pun boleh jugak. Nombor dia  +62 85-3382-51475