Friday, August 29, 2014

Bali Trip - Part 4 (Spa & Salon)

Kalau ke Bali, antara perkara wajib yang mesti buat ialah mencuba massage dan spa. Serius murah. Rata-rata Balinese massage selama sejam cuma berharga IDR60,000-IDR80,000 atau kurang RM25.00. Murahkan. Tapi ikut jugak le keadaan spanya. Lagi cantik spa nya lagi mahal le harganya. Ada spa yang ada private room dan ada juga spa yang cuma dipisah dengan tirai-tirai sahaja. Masih private cuma boleh dengar kalau orang sebelah bising.

Kalau ambik pakej, lagi le dorang suka sebab kita bayar mahalkan. Tapi sebenarnya sangat murah harga pakejnya pun. 4 jam spa yang ada lulur, massage, mandi susu mask baru IDR250,000.00 lebih kurang RM70.00 je. Mana nak dapat di KL weh.. So kalau dah penat berjalan di Bali, malam sila le pegi berurut di spa. Syok.. Kalau rasa malas nak bukak-bukak baju bagai, amik je foot massage tapi harga sama je kot dengan back massage. Rugi le sikit tang situ.

Dekat Indonesia kan, dorang memang ada course khas spa dan massage-massage ni kat kolej dorang. Ha tak canggih ke gitu. Bukan sebarang tau orang yang urut kau. Orang ada sijil semua. 

Dekat dengan Eden Hotel, Kuta melambak-lambak spa yang tunggu nak kita pilih je. Staff dia pulak, malam-malam siap duduk kat luar pegang pamphlet cari customer. Punya le kan. Betul-betul sebelah Eden Hotel, ada Bali Rani Hotel. Sebelah je Bali Rani hotel tu dah start spa.

Mula sekali La Risso Spa. Spa ni sekali dengan jual-jual baju. Depan dia ada kerusi untuk buat foot massage. Body massage kat atas. Kerusi untuk foot massage dia kat bawah sikit je. Antara tiga spa yang berderet ni spa ni menawarkan harga paling murah cuma IDR60,000 je tapi at last aku tak pilih pun spa ni. Hari pertama balik dari Jimbaran Dinner tu, aku ingat nak buat foot massage je sebab serius penat giler berjalan malam sebelum tu 4km ke Hard Rock diikuti siang esoknya naik tangga bertingkat-tingkat di Uluwatu. Masa tanya-tanya harga tu dia cakap ada tempat untuk aku urut tapi aku tak terus pegi sebab saja nak tengok-tengok spa package kat kedai sebelah. Sekali aku balik semula dia cakap dah penuh pulak. Ala frust betul. Malam berikutnya aku rasa macam tempat tu dah tak best sebab spa yang sebelah-sebelah lagi best venue dia.

Sebelah spa La Risso, Mango Spa. Malam ketiga di Bali aku berspa di sini selama 4 jam. Amik kau. Spa ni pun di bawah cuma ada kerusi untuk foot massage sahaja. Di atas untuk body massage. Spa ni tak ada bilik cuma dipisahkan dengan tirai-tirai sahaja. Bath tub semua pun tak ada so spa ni tak ada menawarkan pakej mandi-mandi susu ke mandi bunga ke segala macam.



Antara 3 ni spa yang paling bestlah. Dari luar pun nampak spa dia sangat cantik. Malam keempat aku ke spa ini pulak. Spa ni 3 tingkat. Tingkat bawah ada kerusi untuk foot massage, pedicure manicure semua. Tingkat kedua ada katil bertirai sahaja jugak. Tingkat ketiga ada private room. Private room dia yang katil single dan ada yang katil berdua so kiranya kalau nak berurut laki bini boleh le amik bilik katil berdua tu.


Belakang sikit ada spa ni pulak. Aku tak tanya pun harga sebab spa ni ke belakang. Malas nak jalan lagi. Seberang jalan dari 3 spa berderet ni pun ada jugak spa lagi, pun aku tak survey sebab malas nak cross-cross jalan.

Jadi malam ketiga di Bali, aku telah memilih Mango Spa. Actually masa tu Lemon Tea spa pun available jugak tapi aku nak buat package yang ada facial. Lemon Tea package yang aku nak ada semua tu mahal sampai IDR480,000.00 so sebab tu aku pilih Mango Spa. Tapi lepas tu rasa menyesal pulak sebab pakej kat Lemon Tea tu ada flower bath dengan milk mask sekali.

Kat Mango Spa, aku pilih full wellness package. Harga pakej ni RM99.05. Mula-mula kena massage adoi mak sakitnya. Jarang pegi massage kan. Tu pun aku dah pesan jangan keras-keras tapi tetap sakit giler jugak. Facial kat sini biasa-biasa je. Part dia massage muka memang syok tapi dia tak ada buat extraction. Setakat cuci-cuci muka, scrub, massage dan pakai mask je. Lepas habis semua massage, scrub dan facial, dorang suruh aku mandi kat bilik air je. Bilik air dia Balinese stail ada patung. Takut.. huhu..

Siap mandi pakai baju semua kena turun bawah pulak dia buat pedicure dan manicure. Sejam lagi pulak. Lama betul aku memanjakan diri. Dorang ada bagi free nail color tapi tak kuasa le aku nak mengaler-ngaler. Semayang Maghrib/Isyak pun belum masa tu pastu kena buang balik buat apa. So suruh dia kilatkan aje kuku tu. Siap semua spa package aku dah pukul 11 lebih. Dah tak ada busy dah jalan kat depan tu tapi aku balik ke hotel tak takut langsung pun. Ok je.

Malam keempat di Bali, aku pegi spa sekali lagi. Plan mulanya nak pegi hari nak balik tapi since dah sampai awal ke hotel dari jalan-jalan hari tu, aku terus cakap dengan Dahlan aku nak pegi spa lagi dan dia ok je. Disebabkan semalam aku dah buat facial takkan hari ni nak buat facial lagi kan. Aku pilih pakej lain pulak. Yang ada mandi-mandi dan pakai mask kat badan. Tetap pakej gitu. Pilihan aku pakej 1 yang ada massage, body scrub, flower bath dan milk mask. Harga untuk pakej tu cuma RM70.75 je. Spa 2 jam harga macam tu.

Dekat spa ni ada salon sekali. Jadi aku dengan gatalnya sign up pulak hair spa Loreal. Rambut panjang aku ni dorang charge IDR150,000 atau RM42.45. Tak tahu le mahal le murah sebab rasa kalau buat hair spa kat Ampang Galaxy pun tak mahal mana cuma serius aku cakap hair spa ni hair spa paling best yang penah aku buat. Dia massage kepala sedap gila sampai rasa nak tertidur. Mula dia shampoo rambut. Pastu dia letak cream tu le, pastu dia massage. Tu yang terbaik tu. Lepas dah massage baru dia stim rambut kita. Dah siap cuci dan keringkan sekali.

Kat sini ada bath tub untuk flower bath. Bath tub ni sekali dalam bilik massage yang aku buat tu di tingkat 3. 

Bilik yang aku guna ni ada dua katil. So kalau couple memang sesuai sangat-sangatlah. Tapi hari tu dah aku sorang tak ada sapa pun guna katil sebelah tu. Massage kat spa ni lagi best dari massage semalam. Tak sakit tapi sedap. Tapi maybe jugak urat-urat keras yang sakit tu dah dilembutkan semalamnya sebab tu hari ni dah tak sakit dah kan.

Ni le rupa tempat untuk buat foot massage. Sama je semua tempat. Macam Manjakaki kat KL ni le. Pedicure manicure pun guna kerusi ni juga. Terkejut gamaknya staff tu sebab masa aku snap gambar semua menoleh ke pintu. Hehehehe...