Informasi lagi. Pak Supir yang bawak kita tu memang tak akan makan dengan kita walaupun diajak. Jadi jangan le risau takut kena kos tambahan nak kena tanggung makan dia ke apa ke. Kita jemput pun tak nak dia. Aku pun tak tahu bila masa dia makan. Masa menunggu tu le kot dia makan.
Ok lepas je lunch kat IBC, kitaorang terus ke Bajra Sandhi Monumen atau dalam bahasa yang kita faham iaitu Monumen Perjuangan Rakyat Bali.
Aku rasa tempat ni cantik sangat. Bangunan dia dari luar nampak sungguh menarik walaupun ada banyak patung-patung. Tapi sampai kat sini panasnya Yarabbi.. Nak amik gambar kat luar pun terkenyit-kenyit biji mata walaupun dah pakai sunglasses. Aku takut Batrisyia demam je. Nasib baik aku dah siap-siap bawak payung kecik dari KL. Sungguh pun panas tapi angin sangatlah kuat. Seronok betul rasa.
Nak masuk dalam ni ada karcis masuk (tiket) dikenakan. Tak ada le mahal pun. Tourist aka manca negara aka foreigner dewasa cuma IDR10,000 (RM2.83). Tourist kanak-kanak IDR5,000 (RM1.42). Wah.. tourist gitu. Kalau warganegara Indonesia separuh dari harga tu je kena charge. Kena tunjuk IC kot macam jugak kita beli tiket kat bukit bendera etc. Parking kena bayar IDR2,000 (RM0.57). Camera kena charge IDR1,000 (3 kupang je. tu pun berkira ke)
Pemandangan dari atas. Cantik tempat ni. Sebab tu kot aku tengok ada banyak orang kawin amik gambar kat sini. Satu pasangan dari China kot pakai gaun kembang-kembang. Lagi satu aku rasa orang tempatan sebab dia pakai baju tradisional Indonesia. Suku kaum apa aku tak pasti le pulak.
Kat dalam floor bawah sekali, ada kolam ikan tengah-tengah tu. Ikan kat sini memang bijak-bijak sebab kita berdiri je kat tepi terus dorang kerumun. Nak bagi Batrisyia seronok, aku beli makanan ikan yang ada jual kat situ. IDR1,000 je. Happy sangat Batrisyia dapat bagi ikan-ikan ni makan. Pastu kat bawah lagi ada gambar-gambar cerita tentang sejarah Indonesia.
Dekat sebelah atas, ada pulak miniature tunjuk pasal sejarah Indonesia. Serius aku kagum sangat tengok dorang buat menda ni. Dia letak dalam kaca dan kita boleh tengok le sejarah tu melalui penceritaan miniature-miniature ni. Chewah..
Ok ni gambar dekat sikit camana rupa miniature tu. Detail sangat dorang buat persembahan miniature ni. Kalau yang ada perang tembak-tembak tu siap ada yang kena dukung, darah-darah semua.. ee serius comel le. Aku suka aku suka.. hahahaha.. kitaorang amik masa yang agak lama jugak dekat monumen ni sebab Dahlan memang suka tengok muzium. Aku pun suka actually.
Destinasi seterusnya akan pegi ke pantai-pantai tapi aku minta Pak Ujang singgah solat kejap. Karang tak ada tempat pulak nak solat. Ntah Pak Ujang pusing ikut mana ntah dia masuk le satu masjid yang belum siap sepenuhnya. Adoi.. sabar jelah Pak Ujang bagi kitaorang solat kat masjid belum siap. Tapi masih le boleh solat. Tak kisah le janji dapat solat.
Lepas tu Pak Ujang terus bawak pegi beach. Dia cakap kalau nak tengok Kecak Dance memang tak sempat nak singgah Nusa Dua semua. So kena pilih beach mana yang nak pegi. Aku cakap pegi Padang-padang Beach jelah. Pendawa Beach pun tak sempat nak pegi.
Sampai kat parking Padang-padang beach, Batrisyia tidur. Pak Ujang kata biar jelah dia dalam kereta. Aku mula cuak jugak. Buatnya Pak Ujang bawak lari anak aku mampos.. tapi aku pegi turun jugak le sebab tempat tu pun panas. Kesian jugak kat Batrisyia panas-panas kena dukung sana sini. Sampai je kat tangga nak turun aku tengok tangga dia cerun gila. Hadoi takutnya nak turun. Terus aku cancel duduk dalam kereta. Dahlan sorang je pegi tengok beach.
Tapi nasib baik le aku tak pegi. Selepas tangga yang aku takut nak turun
tu, ada pulak tangga sempit celah batu yang cerun jugak. Fuh.. nasib
nasib.. Ni ha rupa tangga dia. Nampak macam kurang cerun dari tangga mula-mula tapi Dahlan cakap cerun jugak.
Ini le rupa Padang-padang beach, tempat shooting cerita Julia Robert Eat,Pray Love. Dalam gambar yang Dahlan ambik aku tengok tak ada le cantik mana. Air tengah surut kot masa ni sebab aku tengok dalam internet lawa beach dia.