Sunday, November 6, 2016

Melbourne Trip Day 5.2 (27.09.2016)

Sambungan daripada cerita Melbourne Trip Day 5.1

Kan aku cakap masa tengah beli coat tu Batrisyia tidur kan. Bersambung pulak tidurnya waktu beli makanan sampai le dah bergambar depan entrance sebelum nak balik tu baru dia bangun. Bangun-bangun je nak naik tram, boleh pulak pilih-pilih nak naik tram tiger. Jenuh menunggu tram tiger datang. Tram tiger tu sebenarnya advertisement yang letak dekat tram tu je ada gambar tiger. Tu je pun. At last tak dapat pun naik tram tiger tu sebab dah beberapa tram lepas tak muncul-muncul jugak tram tiger Batrisyia. Tapi sebabkan dia nak tunggu tram tiger dapat le aku mengambil video tram yang datang. Seriously aku sangat seronok naik tram sebab dia atas jalan raya. Tak macam LRT atau komuter semua ada landasan khas. Tram sana pun ada dua type. Ada yang sama rata dengan jalan macam dalam gambar dan ada yang kena naik tangga sikit.



Setelah jenuh menunggu tram tiger tak nampak bayang, kami terus je naik tram lain sampai depan hotel. Turun je singgah 7 Eleven beli coffee dulu sebab hari ni belum pekena coffee lagi. Dekat Melbourne ni 24 hours convenient store pun jual freshly ground coffee dengan harga murah tau. Tak payah susah-susah nak pegi Starbuck nak minum coffee mahal. Di 7 Eleven coffee kecik AUD1.00 (RM3.115). Murah gilakan. Malaysia mana dapat harga macam ni. Mc Donalds pun tak dapatkan. 

Lepas tu sempat pulak singgah My Chemist sebelah 7 Eleven tu. My Chemist ni salah satu pharmacy yang ada kat Melbourne. Dari hari tu aku dah aim nak beli barang kat sini. Perfume kat My Chemist memang murah-murah. Dorang jual perfume mahal-mahal tu macam jual produk pencuci muka je kat My Chemist ni. Display gitu je. Tak ada gambar pulak nak tunjuk. Supplement pun banyak juga yang murah tapi aku dah biasa dengan Shaklee, aku tak ada rasa nak tukar brand. Aim aku sebenarnya kat My Chemist ni beli QV product untuk budak eczema tu. QV kan memang brand asal dari Australia jadi memang sangat murah. Rasa nak borong semua tapi karang terlebih muatan pulak luggage aku. 

Lepas shopping dekat My Chemist, kami terus balik hotel sekejap. Sempat mengemas barang sikit-sikit lagi. Dah kemas barang, makan early lunch. Pukul 10.30 pagi kitaorang pun keluar. Amik air dekat 1st floor dan kali ni tak nak naik tram dah. Just ronda-ronda sambil nak ke Somerset at Elizabeth St. Kedai jual UGG boot. Banyak gila kedai jual UGG boot ni tapi yang lain-lain tu tak tahu le original ke idak. UGG boot ni kan boot yang memang berasal dari Australia. Dibuat daripada kulit kambing biri-biri. Lupa plak nak check harga. Tak terpikir pun nak beli. Asal ek aku tak beli? Kan bagus dah ada. Nanti nak pegi mana-mana tempat lain sejuk kan dah ada boot dah. Tak pelah dah lepas nak buat camana.


Lane ni macam banyak kedai mahal-mahal. Tapi LV side lain. Ada satu building dia sendiri. Cantik sangat building dia ala-ala macam bagunan GPO tu jugak. Besar gila weh LV kat sini. Kami tak lalu betul-betul depan LV sebab tak berkesempatan nak naik atas side lagi satu. Asyik pegi side sini je. Belah kiri ni actually ada mall nama Emporium. Dalam ni le ada Coach, Emporio Armani etc. Ada berderet kerusi kat kaki lima ni. Aku tak pasti apa purpose kerusi ni. Agaknya untuk kaum lelaki yang bosan menunggu isteri bershopping kot. Kami masuk juga dalam Emporium ni. Saja nak tengok-tengok. Dah masuk baru le nampak sini rupanya terletaknya Uniqlo yang aku jenuh cari semalam. Mall-mall kat Melbourne ni kan bersambung-sambung sampai aku tak sedar yang rupanya aku dah masuk mall lain. Tadi masuk ikut Emporium tetiba keluar dah jadi The Strand Melbourne. Sebenarnya kami tak sempat pun explore shopping mall sini. Just pass by gitu je.

Keluar dari The Strand Melboune, jalan sebelah kanan depan sikit dah sampai Somerset at Elizabeth St. Hari Isnin lepas masa pegi GOR Tour pun actually kena tunggu sini jugak. Tapi masa tu awal pagi semua kedai belum bukak sampai aku tak perasan apa yang ada kat area ni. Pulak tu masa datang kami jalan dari arah seberang sana dan hari kedua masih blur dengan Melbourne. Hehehehe.. Baru perasan jugak tempat yang kitaorang dok tercanguk hari tu adalah pejabat pos dorang. Bukak 24 jam kan. Tapi awat aku tak perasan? Betul le kepala weng lagi masa tu.


 
Kami amik pakej Phillip Island and Native Australian Animal Tour ni masih dengan Melbourne Australia Tours (MAT). Macam yang aku cerita daripada awal, pakej ni sepatutnya berharga AUD99.00 untuk dewasa dan AUD80.00 untuk kanak-kanak termasuk le dinner pizza. Tapi masa booking, Collin ada post 10% discount pakej dekat facebook tapi boleh pulak Dahlan tak nampak. Aku suruh Dahlan try luck untuk mintak jugak 10% discount tu. Walaupun 10% tapi kalau dah dalam AUD, lepas convert tak ke dekat RM90.00 jugak. Collin tak bagi diskaun tapi dia offer menda lain which is free pizza dinner maknanya kami cuma kena bayar AUD92.00 untuk dewasa dan AUD73.00 untuk kanak-kanak. Tapi kesudahannya kami bayar harga keseluruhan lagi murah iaitu AUD90.00 untuk dewasa dan AUD75.00 untuk kanak-kanak berserta pizza dinner. Memang kanak-kanak punya naik AUD2.00 tapi total tetap murah AUD2.00. AUD2.00 pun duit weh..

Janji pick up kat Somerset at Elizabeth St.pukul 11.35 am tapi Uncle Neil lambat 6 minit. Hehehehe.. Pukul 11.41 am baru dia sampai. Tour kali ni masih lagi dengan Uncle Neil cuma basnya kecik dari GOR hari tu. Bilangan peserta pun kurang. Cuma ada 15 orang je. Kami bertiga. Pasangan suami isteri Shah Alam yang baru kawin tu. Ha lagi sekali jumpa dorang. Satu lagi couple Melayu dari Putrajaya. 3 orang sefamily juga dari Malaysia. Chinese from JB. Dan lagi satu group ni aku tak sure dari mana. Geng perempuan 5 orang. 

Lepas dah pick up semua orang lama jugak Uncle Neil berpusing-pusing dalam town. Jalam sesak sikit sebab waktu orang bekerja. Macam GOR hari tu awal pagi. Perjalanan ke Philips Island mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Tapi sebelum ke Philips Island, kami singgah dulu di Maru Koala Park.


Tempat ni memang dekat tengah-tengah highway tu pun. Sampai kat sini lebih kurang pukul 1.45pm. Kami cuma diberi masa 1 jam 15 minit je. Serius tak cukup langsung. Tapi nak buat camana dah ikut tour macam ni le. Kalau le aku boleh drive sendiri alangkah bagusnya. Masuk je dalam terus sourvenier shop yang langsung aku tak berpeluang tengok apa ada. Sebab ticket kitaorang Uncle Neil dah beli awal, terus je masuk. Tak tahu berapa harga ticket.

Masuk je terus kena cop tangan. Aku ingatkan untuk apa cop ni.. rupanya untuk tengok demo potong bulu kambing biri-biri. Hehehe.. cute je

Tempat ni sebenarnya kecik je. Tapi satu jam tu mana cukup nak explore semua binatang. Kalau orang yang tak minat binatang memang le rasa satu jam tu lama. Kami tak cukup langsung.


Kedatangan kita memang akan disambut oleh wallaby ni. Bersepah-sepah je deme duduk. Jinak sangat. Nampak sangat dah biasa dengan pengujung. Orang datang dok sebelah dia amik gambar, dia nohen je tidur.

Masuk satu kawasan pulak. Yang ni kawasan koala. Ya Allah comelnya dia. Tapi dia duduk jauh ke atas. Susah nak ambik gambar. Dah le cuaca masa ni mendung je. Kejap-kejap hujan renyai. Memang tak seronok betul rasanya.


Koala tu tadi nama Desi. Semua koala kat sini ada nama. Masa kami sampai kawasan koala ada briefing pendek berkenaan koala. Dia bagitau le kenapa koala ni tak aktif disebabkan pemakanan dia daun-daun yang mostly mengandungi air je. Sebab tu le koala ni tak aktif dan dia tidur je 18 jam sehari.




Sedikit informasi berkenaan koala

Informasi berkenaan kanggaru dan wallaby pulak. Ha jangan tak tahu kangaroo memang ada yang lebih tinggi daripada orang. Tapi kangaroo yang aku jumpa semua kecik-kecik je. Sebenarnya dekat Philips Island tak ada kanggaru pun. Yang ada cuma wallaby.


Disebabkan tadi koalanya dok jauh ke atas, kitaorang amik le gambar yang berbayar ni. Dapat le usap-usap sikit belakang dia. Bulu dia lembut sangat-sangat. Gambar berbayar bukan murah tau. Base dia AUD20.00. So setiap tambahan orang dalam gambar tambah AUD10.00. So kami kena bayar AUD40.00 untuk gambar ni. Ada gambar daripada camera dorang dan print cantik-cantik macam kat USS tu. Dan lepas dah amik dengan camera dorang dorang akan amikkan gambar kita pakai camera kita pulak. So boleh le post kat Instagram immediately.


Nampak macam best je gambar dekat atas kan. Hakikatnya bawah tu penuh taik dia. Ceh!! Jenuh aku nak elak jangan terpijak taik dia.

Eh eh.. kat sini ada Cockatoo hidup le. Punya le budak ni suka. Uncle Neil panggil Batrisyia suruh ambik gambar dengan cockatoo hidup

Favorite dia jugak. Pony. Agak-agak kome tahu dah kenapa tak cukup masa satu jam? Bukan koala dengan kangaroo je dalam ni. Ada banyak juga binatang jenis lain. Batrisyia semestinya le nak tengok binatang dia suka. Pony le rabbit le cockatoo le.. camana nak cukup masa kan

Nampak macam serigala campur anjing kan. Nama dia dingo. Serigala Australia. Aku baru tahu binatang ni pun native Australian animal yang juga hampir pupus. Kena banyak tengok Animal Planet ni.



Pukul 2.30 petang ada sheep shearing show. Sapa yang ada cop dekat tangan boleh masuk tengok. Of course le nak masuk tengok. Tapi sebab cuaca mendung sangat susah nak amik gambar dan video dalam ni. Ni jelah gambar yang terang. Minah yang belah kiri tu emcee dia. Tukang potong bulu yang kanan tu. Besar gila kau biri-biri tu. Dia potong bulu tu sorang-sorang tau. Biri-biri tu dia sendiri pegang sambil potong bulu. Sekejap je dah siap. Hebat betul. Biri-biri tu macam redha je bulu kena potong diam je diam. Aku mula ingat dorang bagi dadah kot nak suruh biri-biri tu diam. Tapi sebaik dia siap potong bulu, dia lepaskan biri-biri tu, terus biri-biri tu lari masuk tempat dia. So tak ada le biri-biri tu mabuk pun. Hahahaha.. Lepas dah siap potong dia pun bentang le bulu tu. Sekeping kau tak ada putus. Hebat-hebat. Sebenarnya masa kitaorang keluar dari tempat show ni tak habis pun show lagi. Tak boleh nak tunggu sampai habis sebab aku belum bermesra dengan kanggaroo lagi. Pukul 2.45 petang aku dah gerak dah nak tengok kangaru pulak


Mula-mula tengok wallaby dulu. Kecik je wallaby ni. Sekali tengok macam tikus besar pun ada masa dia makan tu. Geli pun ada

Tempat kangaru open field macam ni. Yelah of course kangaru nak lompat-lompat kan. Yang atas ni kangaru albino. Nohen je dia. Orang bagi makan tak nak. Sombong ek kau.. mentang-mentang le dah kenyang. Opss.. lupa pulak. Kat sini memang boleh bagi makan pada kangaru tapi makanan tu kena le beli daripada dorang. AUD2.00 sebekas. Tapi aku tak beli pun. Uncle Neil bagi kitaorang sebekas makanan tu suruh bagi pada kangaru

Ni kangaru besar. Dia nak makan yang aku bagi. Dek pasal aku ni takut nak bagi dia makan atas tapak tangan, aku bagi dalam bekas je. Rakus betul dia makan. Actually ada kangaru ada joey tau cuma jauh ke atas. Malas aku nak pegi sana. Dah le hujan. Taik dia berlambak-lambak sana sini. Batrisyia pulak buat hal kat sini tak nak turun sebab dia geli terpijak taik kangaru. Apa saja le Batrisyia ni. Lepas dah bermesra dengan kangaru, kitaorang keluar dari sini. Pegi tengok dua tiga binatang lain lagi

Wombat. Tapi sakit hati tau. Boleh dia bagi bontot je. Tak  nampak langsung mana rupa sebenar dia. Yang sekor lagi tidur melintang. Pun tutup muka dia. So nampak badan berbulu je



Yang ni Tasmanian Devil. Lagi tak nampak mana rupanya. Jauh tidur ke dalam. Apa le binatang ni semua tidur je

Burung merak yang sangat aktif berlari sana sini. Jenuh nak capture gambar dia

Masa keluar dari shearing show tu aku perasan ada tempat solat kat sini. Aduhai.. kalau le aku tahu ada tempat solat, aku dah bawak keluar telekung dari dalam bas. Mana nak sangka Maru Koala Park ni ada tempat solat. Dalam blog pun tak ada sapa review sini boleh solat.

Batrisyia nak amik gambar kat sini. Hahahaha..



Kat atas ni video koala makan daun. Alahai comelnya. Kitaorang last sekali naik bas. Lambat pegi jamban memasing. Hahahaha. Tapi kali ni Uncle Neil tunggu kitaorang dekat pintu keluar sebab nak bagi gambar.  Mujur ada gambar jadi penyelamat.