Thursday, November 3, 2016

Melbourne Trip Day 5.1 (27.09.2016)

Hari ni sepatutnya adalah hari shopping aku. Tapi disebabkan Collin suruh tukar date pegi Philips Island ke hari ini jadinya terpaksa le aku rearrange itinerary balik. Hari ni trip ke Philips Island hanya akan bermula pada pukul 11.30 pagi, jadinya pagi ni sempat le dulu nak buat tour di Queen Victoria Market. Hari Sabtu lepas cuma pegi shopping-shopping je tanpa ambik-ambik gambar kan. Misi hari ini nak pusing puas-puas dan amik gambar.


Kitaorang keluar dari hotel pukul 7.00 pagi. Naik tram ke Queen Victoria Market (QVM). Tak payah touch myki sebab dari Ibis ke QVM semua free tram zone. QVM ni bukan hari-hari bukak dan operation hours pun lain hari lain. Hari Isnin dan Rabu QVM tutup. Operation hours pulak setiap hari dibuka pukul 6.00 am kecuali Ahad buka pukul 9.00am. Tutup pulak lagi berbeza-beza timing. Jadi elok check website dia dulu nak make sure operation hours. Macam hari ni hari Selasa QVM ditutup pukul 2.00pm.


Masuk-masuk je main entrance, terus akan nampak seafood section. Untuk pengemar seafood memang rasa meroyan le tengok aneka seafood dia yang fresh dan besar tu. Harga aku tak tahu murah ke tidak sebab jarang beli seafood mahal-mahal. Tapi menurut kata nyah memang murah. Yelah kalau nak compare kena le compare dengan produk yang sama kan. Jangan le compare harga lobster dengan harga udang kecik.


Fresh oyster. Satu tray tu AUD15.00 (RM45.00)


Besar gila kan sotong dia


Masuk sini aku tengok ada macam-macam jenis lobster. Kalau le aku kena beli seafood ni pening kot nak pilih lobster yang mana. Yang belah kanan warna hitam tu lobster tail. Tail je besar tu kalau sekor besar mana ek gamaknya. Tu spesis lain le sebab warna pun lain-lain

Habis je section seafood terus masuk section daging maging. Baru nak bukak video, sekali ternampak babi tergantung. Hahahaha.. potong stim betul. Terus simpan balik handphone. Tapi pastu aku sempat patah balik amik gambar dan terus blah dari section ni. Boleh pulak jual babi gantung open macam tu. Kalau dia letak dalam kaca macam seafood tu aku tak kisah le nak jalan-jalan tengok. Masa aku hantar gambar ni pada Kak Aishah, tetiba dia cakap tulang anjing pun jual? Erk.. lepas perati betul-betul aku rasa maksud "dog bones" tu bukan tulang anjing. Tapi tulang untuk bagi anjing makan. Takkan le orang Melbourne makan anjing. China harus le kot.


Pusing sikit masuk section poultry. Yang fresh ada yang marinate pun ada. Kat QVM ni ada jual ayam halal tau. Tapi kena le tanya dan minta tunjuk certificate halal tu. So sapa-sapa datang Melbourne sewa apartment nak masak memasak boleh aje beli barang mentah kat sini. Ada option ayam dan seafood.

Dah abis section barang basah, kitaorang masuk section process food pulak. Ada signboard tunjuk arah ke mana tapi hari Sabtu hari tu aku sesat barat jugak mencari foodcourt. Mujur le tempat ni tak berapa nak besar. Jumpa juga. Masa tu rushing sebab takut tutup tu yang kelam kabut kot.


Salami, ham etc


Aneka roti. Macam geram sangat tengok roti-roti dia. Rasa nak beli dan cuba semua


Cheese!! Best tau tengok kedai-kedai cheese ni. Ada macam-macam cheese. Nak beli bawak balik takut kena buang dekat airport.Lagi satu takut cair pun iyer jugak. 


Bagel. Dulu masa main masak-masak dalam handphone selalu masak bagel. Hahahaha.. Ntah kenapa aku tak membeli bagel ni. Maybe sebab masa ni rasa kenyang jadi tak ada nafsu nak membeli makanan. Waktu tulis entry ni rasa rugi pulak tak cuba bagel dia.


Kekacang. Sempat singgah sini beli dry roasted salted cashew 250gm untuk bapak dengan harga AUD9.00 (RM26.82).Tak tahu le mahal ke murah. Rasa macam dekat Chiang Rai dulu murah sikit. Ke kualiti tak sama? Ntah lantak le. Yang penting aku dah beli nak bagi bapak.

Tetiba ada terselit pulak kedai jual ayam dekat section process food ni. Tapi sini le ada jual ayam halal. Mamat Australian tu cakap ayam je yang ada certificate halal yang situ. Dia cakap gak kalau nak beli apa-apa mesti mintak dorang tunjuk certificate halal. So masa aku tengah beli cashew nut tu aku nampak le dia tunjuk certificate tu dekat customer dia.

Ayor mabuk-mabuk

Aneka pasta. Macam-macam ada. Ada spinach pasta. Camana le rasanya yer


Australia honey 


Nampak macam sedapkan biscotti tu. Kalau ikut nafsu setan macam nak beli semua. Alhamdulillah berjaya mengawalnya. Satu pun tak beli.


 Comelnya macaron dia. Tapi aku tak suka macaron so tak ada nafsu pada menda ni

Kedai jual ready to eat meal. Non halal. Ada jual pork. Saja amik sebab suka tengok makanan yang serve cantik macam tu.


Habis ronda section ni terus pegi sayur-sayuran pulak.Section sayuran ni lebih open tempat dia. Maksud aku tak ada dinding. Dan tak secantik tempat tadi.


Eeee.. geram betul tengok herba-herba orang putih ni. Dah le segar, murah pulak tu. Daun-daun dari Asia pun ada jual macam daun limau purut, daun kari, serai etc semua ada. Tapi dah sahih le menda tu ada kat Malaysia, tak kuasa aku nak mengambik gambar.


Lepas sayur terus masuk section buah-buahan. Kat sini sapa yang suka makan buah memang rasa meroyan. Orange, epal semua gemuk-gemuk. Murah pulak tu. Tapi betul le orang cakap, hari Selasa memang harga lebih mahal dari hari-hari lain. Masa hari Sabtu lepas kitaorang beli dua biji epal gemuk tu dengan harga AUD1.00 (RM3.115). Kira sebiji RM1.56 je. Epal gemuk tu kat Malaysia ni tak ada jual kat sebarang supermarket. Yang ada dan senang dapat dekat Village/Jaya Grocer. Tapi kat Village/Jaya Grocer jual epal gemuk ni RM5.00 sebiji tau. Ha.. agak-agak tergamak tak nak beli? Hehehe..Selain daripada epal Sabtu lepas kitaorang beli jugak orange gemuk. Pun sama harga kalau kat Village/Jaya Grocer. Pasar malam Seksyen 17 boleh dapat RM3.00 sebiji. Tapi kat Melbourne kitaorang dapat AUD1.00 (RM3.115) untuk 3 biji. RM1.04 je sebiji. Tak rasa gumbira ke? Cuma kat sana ada satu masalah yang rasa tak ada nafsu nak makan buah. Sejuk gamaknya. Akhirnya buah orange gemuk 3 biji tu kitaorang bawak balik KL. Makan kat rumah. Hahahaha.. epal je habis dekat Melbourne. Berkelah di tepi pantai.


Donut ni kata deme sedap. Tak bukak lagi masa ni. Awal-awal sapa nak beli kan. Masa kitaorang ronda ni serius kat belah barang basah tu je yang boleh kata ada orang. Sayur-sayur, buah dan sourvenier tak ada orang langsung.

Hari Sabtu lepas, kawasan ni meriah sangat. Ada food truck, ada busker buat life performance. Hari ni macam sunyi je. Jadi kalau plan nak pegi QVM, masukkan dalam itinerary hari Sabtu. Lebih live kata orang.

Sekarang kena seberang sana tengok sourvenir pulak. Pun sama open je. Lebih kurang macam Uptown konsepnya.

Aku borong banyak dekat kedai ni. Kedai ni yang jual macam muka Asean. Tak tahu dari mana. Harga dia tak berubah daripada harga hari Sabtu. Recomend sangat-sangat beli le di kedai dia.


Sebenarnya hari ni aku berniat nak beli satu lagi jaket. Gatalkan. Dari awal aku nak sangat beli winter coat yang macam warna grey kat atas. Tapi hari tu macam tak jumpa. Yelah dah kelam kabut mana nak jumpa padahal kedai ni tak jauh pun dari kedai sourvenior yang murah tu. Ke Sabtu lepas kedai ni memang tak ada kat sini sebab ada blogger penah cakap kedai kat sini berubah-ubah kedudukannya. Tak pasti le aku. Kedai ni owner dia makcik Australian. Mula-mula masuk macam tak ada orang jaga pun. Tak pelah aku cuma nak try-try je. Try le satu coat kat belakang. Nak try yang grey tu rasa macam tak ada size je. Tengah-tengah try tu, owner dia datang. Aku pun tanya le harga. Umak.. mahalnya. Sampai AUD150.00. Lepas convert lebih kurang RM450.00 tu. Tak jadi le. Dah le tak lawa mana. Pastu makcik tu panggil balik. Dia cakap berapa budget aku. Dia akan cari base on budget aku. Aku cakap le aku tak nak lebih AUD100.00. Pastu dia bagi satu coat. Lawa warna macam maroon coklat sikit. Try size M memang muat dan terletak je tapi sikit rasa tak selesa dekat tangan. Size L a bit longgar. Makcik tu cakap kalau nampak elok memang size M. Tapi kalau rasa tak selesa amik je L. Dia letak harga AUD70.00. Untuk first customer katanya. Tapi aku tetap tawar. Aku mintak AUD60.00. Terus dia bagi. Bestnya. Winter coat macam tu dapat beli harga RM178.80 je. Size aku tau. Agak-agak kat Malaysia berapa? Confirm RM3-4 ratus. The best part coat ni memang made in Australia. Bukan China made. berbaloi betul rasa.


Dah siap beli jaket, kitaorang terus nak beli makanan. Kena le beli siap-siap untuk makan early lunch. Karang dah ke Philips Island kat mana pulak nak cari makanan.

Suasana dalam food court dia. Ada kedai jual nasi jugak tapi aku pasti halal ke tidak. Kedai kebab ada jugak kat QVM tapi bukan kat sini. Dekat dengan tempat souvenir tadi.


Kitaorang masih membeli makanan di sini. Dah kali kedua dah. Kedai ni memang jual seafood dan salad semata. Pastu ada le coffee dan sikit dessert


Hari ni sebab dah jemu makan fish & chips, aku dan Dahlan decide makan lain. Untuk Batrisyia je aku belikan dua fish piece dengan harga AUD3.80 (RM11.84).Untuk aku dah Dahlan pulak kitaorang beli empat king prawn AUD10.40 (RM32.40), tiga calamari AUD2.70 (RM8.41), dua scallop AUD3.80 (RM11.84) dan satu large tartar sauce AUD1.50 (RM4.67). Total semua AUD22.20 (RM69.15). Sebenarnya cadang nak beli crab nuggets sekali. Bila dah order banyak-banyak terlupa pulak. Dahlan duduk menunggu kat luar sebab si Batrisyia tidur. Tapi mujur le tak beli crab nuggets tu sebab lepas tu rasa muntah nak menghabiskan semua. Nampak macam sikit tapi banyak gila bila makan. Batrisyia pulak makan satu je fish piece tu. Membazir betul. King prawn tu kan sedap gila. So kalau datang sini, beli king prawn je. Mahal sikit tak pe tapi puas hati. 


Sebelum balik kena le bergambar dekat mercu tanda dia. Actually kitaorang tour dan shopping dua barang dalam sejam 15 minit je. Aku provide masa punya le lama. Ingatkan kena sampai 3-4 jam. Tapi yelah. Kalau nak pergi sekali je QVM ni, tour campur shopping elok le provide dalam 3 jam. Baru puas hati. Balik hotel naik tram tempat turun tadi. Sekali Batrisyia memilih pulak nak naik tram. Nak naik tram ada gambar tiger. Hadoi.. macam-macam le kamu Batrisyia. Nasib le awal lagi so melayan le dia nak tram tiger.